klik atas nuffnang

Tuesday, December 28, 2010

Kempen Kesedaran Payu Dara

ESTEE Lauder ternyata bukan hanya mementingkan kecantikan dan keanggunan golongan wanita semata-mata. Komitmen Estee Lauder malah lebih daripada itu.
Sekali lagi, Kempen Kesedaran Payu Dara Estee Lauder diadakan dan dilancarkan dengan penuh meriah di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), Dataran Merdeka.
Kesedaran mengenai kanser payu dara dalam kalangan wanita amat penting.
" Penganjuran kempen seumpama ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran kepada wanita tetapi pada masa yang sama dapat mengesan lebih cepat sebarang tanda-tanda awal penyakit kanser payu dara dan sekaligus menyelamatkan ramai nyawa. "
Seperti tahun-tahun lalu, kad panduan pemeriksaan sendiri payu dara serta reben merah jambu diedarkan bagi memberi kesedaran pada wanita.
Manakala pada majlis pelancaran baru-baru ini, BSAS dan Menara KL meriah bermandikan cahaya merah jambu.

Monday, December 27, 2010

Gastritis - Helicobacter Pylori - Sakit Perut - Ulser

Pelbagai Punca Gastritis

1- Jangkitan bakteria. Majoriti penduduk dunia dijangkiti bakteria berbentuk 'cockscrew' dikenali sebagai "helicobacter pylori" yang berkembang di dalam lapisan mukosa yang melapisi lapisan perut anda.
2- Walaupun tidak begitu jelas, ia berangkali merebak dan tersebar melalui laluan oral-fekal atau berjangkit melalui makanan atau air yang telah dicemari.
3- Dalam jangka panjang, jangkitan bakteria tersebut akan mengakibatkan pembengkakan yang banyak di mana ia akan menyebabkan perubahan di dalam lapisan perut anda.
4- Tahap penghasilan asid yang rendah akan menghalang toksin penyebab kanser dikeluarkan daripada perut anda, dan ini meninggikan risiko anda menghidap kanser perut.


Wednesday, December 22, 2010

Sakit Perut tanda Kanser Usus - Bahaya GASTRITIS

PERNAHKAH anda mengalami gastritis? Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastritis kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut.

Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut.
Tetapi merupakan tanda-tanda awal kanser perut.


Sunday, December 19, 2010

CEGAH KANSER SERVIK

Lindungi Anak Perempuan Anda Dari Jangkitan HPV
Dapatkan Pelalian HPV Untuk Anak Perempuan Anda!!

Kanser Servik adalah sejenis penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik.
Ia merupakan kanser ketiga paling kerap dihidapi oleh wanita Malaysia.
(Sumber : Daftar Kanser Negara, 2006)


Thursday, December 16, 2010

Wanita Malaysia berisiko hidap osteoporosis

Wanita Malaysia adalah antara 3 dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.

Kajian juga menunjukkan 50% rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd.
Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.

Kajian menunjukkan rakyat Filipina dan Indonesia mempunyai keadaan tulang paling tidak sihat manakala penduduk Taiwan dan Singapura mempunyai tulang paling kuat.


Anggaran serat Makanan harian

Berapa ramai tahu cara pemakanan yang betul agar kesihatan kita terjamin ya.....kita semua makan ikut dang.... pantang ada depan mata terus jer mahu makan..... tolak batu jer.... kasihan ker tubuh badan kita... tak dapat cerna dengan baik.... macamana nak diet dengan sempurna.

Kali ini kami bekalkan jadual pemakanan saiz hidangan anggaran serat yang boleh anda semua cuba dan jadikan panduan dalam diet seharian anda. Ketahuilah jumlah pemakanan anda dalam sehari agar diri anda, tubuh anda... mampu menjana kehidupan yang aktif.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh