klik atas nuffnang

Thursday, December 16, 2010

Wanita Malaysia berisiko hidap osteoporosis

Wanita Malaysia adalah antara 3 dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.

Kajian juga menunjukkan 50% rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd.
Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.

Kajian menunjukkan rakyat Filipina dan Indonesia mempunyai keadaan tulang paling tidak sihat manakala penduduk Taiwan dan Singapura mempunyai tulang paling kuat.



Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata. Kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka. Justeru itu, risiko osteoporosis yang dihadapi golongan itu semakin meningkat apabila usia semakin bertambah, kerana jisim tulang yang terbentuk pada usia 30-an mempunyai kesan besar pada kemudian hari.

Pengambilan kalsium yang rendah adalah penyumbang berpotensi kepada masalah kesihatan tulang dan kajian mendapati secara purata pengambilan makanan mengandungi kalsium bagi golongan dewasa di Asia ialah 450 miligram (mg) setiap hari. Ia jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Pertubuhan Kesihatan Dunia iaitu antara 1,000 dan 1,300 mg sehari. - sumber dari Bernama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang