klik atas nuffnang

Thursday, August 25, 2011

Cantik dengan berpuasa

BERPUASA merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya . Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.

Wednesday, August 24, 2011

Hidup tidak selesa akibat ekzema keradangan kulit

Bila bercerita tentang ekzema, ramai yang gerun melihat tanda-tanda yang dialami oleh pesakit itu. Malah ada yang tidak sanggup melihat keadaan pesakit apatah lagi jika yang menanggung kesakitan itu adalah si kecil.

Biarpun ekzema tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa namun kehadiran penyakit itu pastinya membuatkan si pesakit tidak selesa dan menggusarkan kehidupan seharian mereka.

Bagaimanapun, ramai yang terkeliru antara simptom-simptom ekzema dan juga jangkitan kuman lain termasuklah kurap. Ini diakui Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris ketika ditemui, baru-baru ini.

"Ramai yang terkeliru dengan membuat andaian bahawa kesan-kesan gatal serta ruam yang dialami adalah berpunca daripada jangkitan kurap,'' ujarnya.

Jelas beliau, ekzema merupakan salah satu bentuk keradangan yang menyebabkan kulit pesakit menjadi sensitif dan menyebabkan kegatalan serius.

Tuesday, August 23, 2011

Nafas berbau ketika puasa

ANDA perasan ramai yang cuba mengelak untuk bercakap dengan anda. Jika ada sekali pun, mereka seperti menjauhkan muka. Apa yang tidak kena dengan anda?

Cuba tekup tangan di depan mulut dan hembus. Sedarkah anda dengan bau nafas yang kurang menyenangkan? Atau mungkin anda boleh mencuba bertanya insan paling rapat sama ada nafas anda berbau untuk mendapatkan jawapan yang jujur.

Sememangnya masalah nafas berbau sukar ditepis ketika berpuasa. Pasti ramai yang ingin tahu mengapa ia berlaku sedangkan kita tidak makan dan sudah memberus gigi sejurus selepas bersahur pagi tadi.

Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan Iheal, Dr. Nazli Haffiz berkata, masalah nafas berbau atau halitosis merupakan perkara biasa bagi mereka yang berpuasa disebabkan beberapa punca.

Monday, August 22, 2011

Pusat manusia rumah bakteria

PARA pengkaji dari Universiti North Carolina, Raleigh, Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuat kajian mengenai bakteria yang menghuni pusat manusia.

Dalam kajian melalui projek Belly Button Biodiversity itu, mereka menjelaskan bahawa pusat adalah bahagian tubuh yang mengandungi banyak bakteria.

Kira-kira 1,400 jenis bakteria mendiami kawasan itu dengan 662 daripadanya merupakan spesis yang baru ditemui.

Penelitian yang diketuai oleh Rob Duhn dan Jiri Hulcr itu telah mengumpul data baru mengenai mikroorganisma dalam tubuh badan manusia.

"Ada beberapa spesies bakteria yang ditemui pada pusat manusia pernah ditemui di dasar laut", kata Carl Zimmer yang menjadi salah seorang sampel dalam uji kaji tersebut. Turut ditemui ialah Bakteria Georgenia iaitu bakteria yang hanya pernah ditemui di Jepun sebelum ini.

sperma tikus ubat kemandulan

SEEKOR tikus kini bakal menjadi ubat kepada masalah kemandulan dalam kalangan lelaki apabila sekumpulan penyelidik dari Jepun menemui penyelesaian mengenai masalah itu.

Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Kyoto itu, mereka menggunakan sel induk embrionik tikus bagi membantu mengubati kemandulan manusia.

Sel induk daripada embrio tikus telah dipindahkan serta diubah menjadi sel awal dan dikembangkan ke dalam sperma tikus.

Sel tersebut seterusnya ditransplan ke dalam testis tikus mandul. Berdasarkan hasil uji kaji tersebut, tikus mandul akhirnya mampu menghasilkan sperma yang sihat.

"Setelah proses inseminasi, kami membuat dua set embrio yang kemudiannya dipindahkan ke dalam kandungan induk tikus

Seterusnya ia akan melalui proses kelahiran baka tikus secara reproduktif normal". kata Mitinori Saitou, ketua penyelidik di Universiti tersebut kepada Newsdaily.com

Kejayaan uji kaji tersebut ke atas tikus mandul mendorong penyelidik untuk menggunakan kaedah sama ke atas manuasia. Dengan menggunakan sel induk manuasia, mereka akan mengatasi masalah tersebut dan Saitou percaya bahawa sel induk manusia juga boleh dikembangkan menjadi sperma.

Kanser pundi kencing perokok

SEKUMPULAN pengkaji baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang penghisap rokok mempunyai risiko lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghisap rokok untuk mendapat penyakit kanser pundi kencing.

Jika sebelum ini, rokok sering dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru, namun pengkaji dari Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat mendapati perokok juga mempunyai risiko empat kali ganda untuk diserang kanser pundi kencing.

Namun, pada tahun terdahulu iaitu pada tahun 1990-an, risiko itu lebih rendah iaitu sebanyak tiga kali ganda kerana faktor-faktor revolusi rokok.

Mereka menemui bahawa peningkatan risiko itu berlaku kerana terdapat tambahan kimia toksin di dalam sebatang rokok yang sebahagiannya mempunyai kaitan dengan kanser buah pinggang.

Sebelum ini, banyak pengeluar yang mengurangkan kandungan tar dan nikotin di dalam rokok, namun ia digantikan dengan bahan-bahan toksin seperti beta-napthylamine yang meningkatkan risiko itu.

"Masalah kanser buah pinggang itu meningkat dalam tempoh 30 tahun lalu, namun bagi kanser paru-paru pula ia telah menurun," ujar ketua penyelidik, Dr. Neal D. Freedman.

Sunday, August 21, 2011

Air garam penawar racun

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

Kekurangan Hormon Seks, Kasih Sayang

ZARA berusia 40-an. Pada zahirnya dia merupakan seorang wanita yang cantik dan sofistikated. Tambahan pula menyandang jawatan sebagai setiausaha sudah tentu dia seorang yang berpengetahuan luas.

Zara sangat mementingkan kerjayanya. Dia tidak kisah menghabiskan masa 12 jam sehari di pejabat. Kerjanya berkualiti dan disukai oleh ketuanya. Bagi Zara dia gemar bersendirian di pejabat bila orang lain sudah pulang. Selain menyiapkan kerja dia suka menghabiskan masa melayari Internet dan merancang aktiviti percutian dengan meneliti pakej pakej tambang murah. Apatah lagi dia belum berkahwin, itulah kebiasaan yang amat disukainya.
Zara mempunyai enam adik beradik dan mereka semua telah pun berkeluarga dan jarang mengunjungi mereka. Memadai dengan bertelefon dan menghantar hadiah hari jadi sebagai tanda ingatan.
Apabila ditanya tentang perkahwinan, Zara cepat-cepat mengelak. Masalah Zara ialah dia tidak selesa berada di kalangan lelaki. Bukan dia tidak pernah bercinta den mempunyai kekasih, namun setiap kali berhubungan sudah pasti Zara akan mencari alasan supaya hubungan tersebut akhirnya tidak ke mana. Zara juga tidak mempunyai sahabat karib lantaran sikapnya yang dingin dengan sesiapa sahaja.

Begitu juga dengan adik-beradik dan anak-anak saudara, Zara mendampingi mereka seadanya. Dia cuba membantu setakat yang boleh namun dia tidak dapat merasakan kehangatan dalam hubungan sesebuah keluarga. Dia sebaliknya gemar bersendirian. Dia sering mengambil pakej pelancongan solo bagi memenuhi hasrat hatinya yang gemar menyendiri itu. Apabila melancong bersendirian dia turut mengelak daripada berkenalan dengan ramai orang. Dia merasa jengkel apabila bertemu dengan orang yang ramah dan bertanya perihal dirinya.

Dalam kebanyakan kes seperti ini masalah nya ialah kekurangan hormon penting iaitu oksitosin (oxytocin) iaitu hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari. Ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah menghasilkan sehingga 5 dan 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.

Saturday, August 20, 2011

Pigmentasi tidak boleh dirawat

MEMBACA tajuk ini pasti membuatkan pembaca keliru kerana begitu banyak rawatan terkini yang menjanjikan masalah kulit yang satu ini mampu diatasi.

“Sebenarnya ia tidak boleh dirawat walaupun secanggih mana teknologi yang digunakan. Pigmentasi hanya boleh dikurangkan atau dihalang kemunculannya,” kata Pakar Kulit, Dr. Koh Chuan Keng dalam satu sesi temu bual anjuran produk penjagaan kulit, Bio-Oil baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai pigmentasi, Dr. Koh yang juga merupakan Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia berkata, ia terbentuk akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit. Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah itu.

Thursday, August 18, 2011

Gastrik punca pedih ulu hati?

PERNAHKAH anda tiba-tiba berasa sakit pada bahagian bawah dada yang kemudiannya terus naik ke leher?


Anda juga secara tiba-tiba dapat merasai makanan yang baru saja dimakan seakan-akan naik ke tekak atau ada cecair agak pahit terutama apabila anda membongkokkan badan.

Awalnya anda menganggap simptom itu disebabkan berpuasa, tetapi kemungkinan gejala yang dikenali sebagai pedih hulu hati atau gastro oesophageal reflux disease (GERD).

Ia juga menjadi salah satu ketidakselesaan yang sering dialami oleh wanita hamil akibat peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

GERD atau juga dikenali Asid Reflux Disease merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid di dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus).

Tuesday, August 16, 2011

FC Bio Sanitary Pad

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Mengikut survey yg dibuat, 1 daripada 15 wanita berupaya mendapat kanser payudara, rahim dan sewaktunya.
Antara punca

...adalah tuala wanita yang mempunyai bahan kimia yang menghasilkan dioksin yang menyebabkan kanser tersebut....

Oleh itu Keluarga Avail memperkenalkan FC Bio Sanitary Pad iaitu pad herba yang berlainan dari pad wanita yang biasa di pasaran.

Details:
- Diperbuat 100% dari kapas.
- Mengandungi formulasi herba semulajadi (untuk kesihatan)
- Selesa dipakai (tidak melekit dan tidak panas)
- Berupaya untuk mencegah atau mengubati sakit puan, kanser dan sewaktu dengannya.
- Berupaya menghilangkan bau (kadang2 bila datang bulan wanita berbau)

Produk telah diinsurankan bernilai rm3 juta (if customer mempunyai penyakit yang disebabkan pad herba ini, maka customer layak mendapat pampasan bernilai 3juta ringgit malaysia)

Harga:
Pantiliner 20pcs = RM10
Pad Day use 10pcs = RM11
Pad Night use 10pcs = RM12

Walaupun
Harga pad ini mahal sedikit dari pad biasa (maybe lebih dalam rm4 - rm5) tetapi kesannya amat mujarab kerana kandungan herba tersebut.
Ingat penyakit kanser adalah dalam jangka masa panjang, so seeloknya kita mencegah atau mengubati secepatnya sebelum menjadi teruk.

Walaupun
dalam bentuk perniagaan, antara sebab saya memperkenalkan produk ini kerana kesedaran kesihatan untuk wanita yang kita sayangi dan cintai.

Jika berminat sila msg / call saya: 017-968 2181 / 019-982 3405.

p/s: Saya juga memerlukan agen untuk menjual produk hebat ini. Prospek perniagaan memang cerah.

Sekian, terima kasih.

Join Page Facebook / Keluarga Avail

Kekalkan pemakanan sihat

BERPUASA dengan mencegah diri daripada mengambil makanan melebihi 12 jam membolehkan organ penghadaman berehat dan lebih perhatian diberikan untuk proses pembersihan dan penggunaan simpanan lemak bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Dengan kata lain, puasa membantu menggunakan lemak badan yang telah lama tersimpan, menggalakkan proses detoksifikasi, mengawal berat badan dan meringankan sesetengah penyakit seperti diabetes dan kolesterol.

Semasa Ramadan, kita tidak terlepas daripada masalah penghadaman termasuklah kembung perut, cirit-birit, perut berangin dan sembelit, yang sering mendatangkan ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian.

Monday, August 15, 2011

Ramuan Utama dan Kelebihan i food


Rumput Gandum
 
Aloe Vera
 
Sekam Benih Silium
 
Pektin Epal
             

Spirulina
 
Kacang Soya
 
Gandum
 
Gabungan Pelbagai Jenis Khasiat dan Enzim
             
Fungsi & Kelebihan i-food
 
1. Kaya dengan Khasiat yang seimbang.
2. Menguatkan sistem pencernaan, membantu pergerakan usus.
3. Melembutkan najis, membantu masalah sembelit.
4. Meningkatkan metabolisma, membantu proses detoksifikasi badan.
5. Membersihkan darah, hati, pundi hempedu dan usus besar.
6. Melindungi hati, mencegah hati berlemak.
7. Mencegah batu karang hempedu.
8. Mengawalatur paras kolesterol darah.
9. Memperbaiki dan mencegah penyakit gastrousus seperti ulser perut, sakit gastrik, sakit perut dan buasir.
10.  Mencegah kanser terutamanya kanser hati, perut dan usus besar.
11. Membantu atritis dan gout.
12. Menguruskan berat badan.
13. Menguatkan sistem imuniti badan.
14. Mengawalatur paras gula darah, mencegah dan membantu penyakit kencing manis.
15. Mempercepatkan tahap penyembuhan luka.
16. Meningkatkan kekuatan dan stamina badan.
17. Meningkatkan daya ingatan.
18. Anti-pengoksidan, kecantikan dan awet muda.
19. Kulit lebih lembut, lembab, cerah dan berseri.
 
i-Food ~ Tukang Pembersih Darah dan Seluruh Tubuh Badan

Sunday, August 14, 2011

Tanda-tanda dan Rawatan Sakit Lutut

SECARA umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut , kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal) dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.

Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi - sendi yang mengalami proses penipisan rawan.

Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.

Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).

Friday, August 12, 2011

i food

i-Food Makanan Tambahan Berkhasiat Asas Anda!

i-Food ialah sejenis makanan kesihatan organik semulajadi dari New Zealand yang membekalkan khasiat-khasiat seimbang yang diperlukan oleh badan manusia. i-Food menggabungkan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan, kaya dengan asid amino, vitamin, zat galian, elemen surihan, enzim, serat dan lain-lain lagi.

i-Food dijamin organik bermakna ia tidak ditambah sebarang bahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis dan kandungan lemaknya amat rendah.

i-Food berupaya membantu dan menguatkan sistem pencernaan, metabolisma, proses detoksifikasi hati, membersihkan darah, menyahtoksik dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita dan menjauhi pelbagai jenis penyakit gastrousus. i-Food juga boleh dijadikan sebagai makanan gantian bagi mengawal berat badan, khas kepada anda yang mengutamakan kesihatan dan juga vegetarian.

Setiap orang mengidamankan badan yang sihat-sihat belaka. Tabiat pemakanan yang sihat boleh mengurangkan beban organ-organ badan ketika proses penghadaman dan mencegah penyakit. i-Food ialah produk kesihatan yang khas kepada anda yang mementingkan kesihatan. Sebagai seorang pengguna yang cerdik, gunakanlah i-Food bermula dari sekarang untuk menjaga kesihatan anda sekeluarga.

Wednesday, August 10, 2011

Organik manfaat diri dan alam sekitar

MASIH ingat pengalaman menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah ketika kecil dulu? Dengan tanah sekangkang kera, kita membuat batas-batas kecil untuk disemai benih cili, timun, sawi dan pelbagai lagi.

Pelbagai petua biasa menjadi amalan untuk menyuburkan tanaman seperti menjirus dengan air basuhan ikan, air basuhan beras dan sebagainya. Racun juga tidak digunakan untuk membunuh serangga perosak. Hasilnya, walaupun sayuran tidak seberapa, tapi kita tetap berpuas hati kerana penat lelah telah berbayar.

Pasti rasa dan saiznya tidak sama seperti sayur yang kita beli di pasar. Masyarakat sering tertipu dengan berpendapat sayur yang cantik itu baik dan penuh khasiat. Hakikatnya, sayur sebegini sebenarnya 'kaya' dengan baja penyubur sintetik. Penanamnya juga menggunakan racun yang bukan saja memberi kesan tidak baik kepada tubuh dalam jangka waktu yang panjang, malah menjejaskan alam sekitar.

Pengamal makanan organik, Wong Kai Yuen, berkata, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam sendiri sebenarnya mengandungi nutrien yang lebih baik dan bermanfaat berbanding yang dibeli di pasar.

Tuesday, August 9, 2011

Segar walaupun berpuasa

Soalan: 
Sebagai lelaki saya perlu kelihatan sentiasa segar lebih-lebih lagi pekerjaan saya memerlukan banyak aktiviti luar.

Namun, di bulan puasa ini, saya sering berasa lemah. Ada yang berpendapat bahawa perokok tegar akan lebih lemah semasa berpuasa. Benarkah hal ini? Adakah cara lain untuk menambah tenaga selain bersahur? Perlukah saya mengambil suplemen?

JB, Perak.

Jawapan:
Saudara JB,
Terima kasih atas soalan saudara. Ada beberapa perkara dibangkitkan oleh saudara. Saya akan cuba menjawabnya satu persatu.

Monday, August 8, 2011

Pemeriksaan awal cegah darah tinggi

Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi.

Tetetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal.

Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal.

Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi.

Sindrom Williams (SW) jarang diketahui

KANAK-KANAK ini kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Sikap ramah mereka kadangkala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik keceriaan itu, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit.

Malah, ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut.

Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.
KANAK-KANAK SW mempunyai ciri-ciri tertentu pada wajah mereka seperti bengkak di sekitar mata dengan kelopak mata yang berlipat dan mulut yang lebar

Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, SW pula sebaliknya. SW juga tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ).

Saturday, August 6, 2011

Virus hepatitis mengancam nyawa

Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai 2011 lalu, sekumpulan pakar terkemuka virus hepatitis menggesa pihak kerajaan dan orang awam di rantau Asia Pasifik untuk menjadi lebih peka kepada kesan dahsyat yang dibawa oleh hepatitis.
Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai 2011 lalu, sekumpulan pakar terkemuka virus hepatitis menggesa pihak kerajaan dan orang awam di rantau Asia Pasifik untuk menjadi lebih peka kepada kesan dahsyat yang dibawa oleh hepatitis.

Kumpulan pakar, yang dikenali sebagai CEVHAP (Coalition to Eradicate Viral Hepatitis in Asia Pacific) telah dibentuk baru-baru ini bagi menghadapi masalah kurangnya kesedaran dan kemahuan politik untuk menangani isu-isu berkaitan dengan virus hepatitis.

Virus hepatitis, terutama sekali hepatitis B dan C, menjejas satu daripada 12 orang di seluruh dunia, dengan jumlah kematian dianggarkan satu juta orang setiap tahun.

Rantau Asia Pasifik menanggung beban utama virus hepatitis di peringkat global. China dan India dianggarkan mempunyai jumlah seramai 123 juta orang yang mengalami jangkitan Hepatitis B kronik dan 59 juta orang mengalami jangkitan Hepatitis C kronik, iaitu hampir 50 peratus daripada semua jangkitan di seluruh dunia.

Monday, August 1, 2011

Payu Dara Besar tapi Kendur

Kak Mariah berbisik kepada saya bahawa dia tidak gembira dengan keadaan payu daranya. ‘‘Saya rasa ia semakin besar dan melayut saja.

‘‘Kalau saiz besar dan tampak cantik bentuknya saya tidak kisah. Tapi masalahnya ia besar tetapi kendur. Ini membuatkan saya rasa rendah diri,’’ katanya.

Beliau mahu tahu adakah cara- cara bagi meningkatkan penampilan payu dara? Menurutnya dia tidak betah lagi memakai kebaya yang amat disukainya lantaran payu dara tidak terbentuk dengan baik. Bolehkah dikecilkan sedikit saiz payu dara agar sesuai dengan penampilannya?

Payu dara merupakan aset penting bagi seorang wanita. Setiap wanita mempunyai cara tersendiri menilai dan menghargai payu dara. Sejak akhir-akhir ini statistik kanser payu dara meningkat membuatkan para wanita lebih berhati-hati menjaga kesihatan payu dara mereka. Ramai yang mengambil vitamin dan suplemen demi kesihatan.

Seks Tanpa Payu Dara

Soalan
SAYA banyak membaca artikel mengenai wanita takut kehilangan payu dara lebih-lebih lagi apabila mereka disahkan menghidap kanser payu dara.
Perkara ini menyebabkan mereka takut untuk berjumpa doktor walaupun merasakan ada ketumbuhan kecil.
Saya ingin bertanya, jika wanita kehilangan payu dara, adakah fungsi atau rangsangan seks mereka juga akan hilang?

Juana, Johor.

Jawapan
Memang tepat sekali, payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita.
Ia merupakan lambang kewanitaan dan juga sebagai daya tarikan seksual.

Sebab itulah seseorang wanita amat gusar jika mereka merasakan ada ketumbuhan kecil pada payu dara mereka. Mereka takut akan kehilangan payu dara jika benar menghidap kanser.

Keputusan untuk membuang payu dara bergantung kepada saiz kanser dan saiz payu dara. Jika kanser sudah besar tetapi payu dara juga besar, maka bentuk payu dara yang asal masih dapat dikekalkan selepas pembedahan.

Tetapi jika kanser besar dan payu dara kecil, terpaksalah dibuang sepenuhnya payu dara itu bagi mengelakkan ia merebak ke organ lain.

Saya mengharap seseorang wanita tidak sepatutnya menganggap semua ketulan yang dirasai adalah kanser.

Kebanyakan ketulan di payu dara bukanlah kanser. Ia disebabkan oleh masalah lain seperti fibroadenoma, fibroadenosis, nekrosis lemak, sista dan sebagainya. Cepat-cepat berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan penyiasatan. Dengan itu perawatan yang sewajarnya dapat diberikan mengikut diagnosis masing-masing.

Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Untuk pengetahuan anda, otak adalah organ seks yang paling utama. Payu dara dan organ kelamin bukanlah organ seks yang utama. Jadi jika seseorang wanita kehilangan payu dara, fungsi dan rangsangan seks mereka masih wujud. Pemikiran yang tenang dan selesa akan memberikan hubungan seks yang baik. Bau busuk dan ketidakselesaan hanya memadam api ghairah dan kehendak mana-mana pasangan. Semua itu berpunca daripada pemikiran. Bau yang harum, wangi, kulit yang bersih dan persediaan menjaga kebersihan mampu membuat pemikiran berfikiran lebih jauh dan seksi, malah menjadi ghairah. Ghairah yang dibangkit dengan perlahan dan semula jadi akan menghasilkan libido (nafsu seks) yang hebat. Oleh itu ingatlah, organ seks yang penting dalam hubungan seks adalah otak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh