klik atas nuffnang

Tuesday, March 27, 2012

Tanda-tanda Awal Kelahiran Yang Tidak Diketahui

Tanda-tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Anda Tak Tau @ Tak Perasan

Hai anda semua.. entry kali ni Keluarga Avail nak kongsi simptom-simptom hamil @ mengandung yg mungkin anda tak tau.. maklum lah, org ckp setiap wanita yang hamil berbeza2 simptom nyer.. so, antaranya :

1. Sembelit
Sembelit biasa terjadi semasa kehamilan. tatau la kenape.. takde special cause.. dulu nak mem “buang” sekali sehari.. then tetibe 3 hari sekali pon susah nk mem”buang” hihihi then mule la perut keras n membuncet..anda pun pelik nape leh tetibe jd cmni..  rase2 takde salah mkn.. so, if tetibe anda kene sembelit, hmm.. mungkin this is your lucky chance..
so jika anda sembelit, pastikan :
  • Pastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari.
  • Ambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, bijirin oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Aturkan masa membuang air besar.
2. Kembung perut
perut masuk angin, nak mkn pon tak selera.. tak pun, pas mkn jek rase nk muntah.. padahal, mkn on time.. cmane lak leh kene kembung perut nih.. hmm,tu mungkin simptom2 nyer.. perut rase byk angin jek..bile tekan,takde lah byk sgt…tapi mmg rase byk angin dlm bdn… then tgh2 mkn tuh, tetibe rase nk muntah.. rase mual2.. mcm ade penyakit la pulak.. hihihi

3. Sakit gigi
tetibe rase berdenyut2 gigi nih.. mcm nk kene cabut jek lg.. padahal, tuh la gigi kekal, klu cabut, gongak pulak.. huhu bile check, takde pape.. putih berseri jek.. takde lobang ke kene tampal ke.. sebenarnya, semasa tumbesaran bayi, bayi pon perlukan kalsium utk membesar.. so, mcm berebut dgn kite jugak la.. bile kite kekurangan kalsium, tuh yg cepat sakit gigi n lenguh2 tulang.. cara penyelesaian nya, minum susu byk3.. minum anmum.. hihi terus ilang rase berdenyut2 tuh..

4. Asek rase nk kencing
sikit2 nk kencing.. baru duduk dlm setengah jam, nk kene gi toilet dah.. hmm, tuh mungkin simptom2 nyer.. tatau la nape kite slalu rase cmtu padahal baby lom besar lg.. baru nk tau kite hamil kan.. tapi ni adalah tanda2 biasa yg kita ni pregnant.

5. Terasa nk kencing
da kencing tapi terasa nk kencing lg. mcm tak habis keluar jek td.. huhu

6. Haus
asek rase nk minum jek.. minum air kosong paling best.. minum air manis nih tak ilang rase haus.. hah, tu salah satu tanda lg. org ckp haus nih dtg sbb kite asek kencing. so kene minum dgn cukup tau. sian kat bebiy.

7.  Rase “basah”
mcm da period.. tapi bile check takde pulak.. yg ade cecair putih jek.. tapi spjg ari rase cmtuh.. mesti risau kan.. tapi dlm artikel kesihatan ckp, pengeluaran cecair yg berlebihan adalah disebabkan badan kita sedang berubah utk keselamatan dan keselesaan baby.

8. Tumbuh jerawat
ni mane lak dtg nyer jerawat tetibe byk naik nih.. huhu muke yg dulunye agak licin tetibe nampak kotor n xberseri langsung. hormon kite byk berubah so mmg byk la jerawat naik.. tukar la jenama pencuci muka cmane pon. die tetap naik..

9. Susah nk tido
bila nk tido, rase tak selesa.. mata takleh lelap.. ini adalah salah satu simptom yg selalu alaami… siang ngantuk betul, bile mlm takleh tido pulak.. udahnye esok ngantuk la gi keje..

10.Hot flashes
badan mcm demam tapi kite tak rase demam.. panas jek rase bdn ni.. teruatama waktu mlm.. org2 tua slalu ckp org pregnant slalu mcm tuh.. tapi org yg tgh “subur” pon mcm tuh jugak tau..hihi

11. Puting jd besar n gelap
tetibe anda notice, puting anda jd besar n nampak gelap sedikit.. haik, anda pon pelik. tu adalah simptom yg amat ketara. so, tahniah.. hihi

12. Kuat makan.
tetibe bdn jd lebar.. punggung lebar n sume pon lebar . mungkin disebabkan kite tetibe kuat mkn. nafsu mkn naik, sume pon dibedalnyer.. hihihi klu nafsu mkn lain mcm, bersedia utk test 2 minggu kemudian ok.

so, ade lg simptom2 yg anda tak tau atau tahu.. atau kongsikan dengan kami di sini.. jumpe lg. Facebook Keluarga Avail

Sunday, March 18, 2012

Coklat, Tiram & Asparagus Perangsang Seks

SOALAN
SAYA telah berkahwin selama tiga bulan. Masalah saya ialah setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?
- Lulu., Johor

JAWAPAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas soalan saudari mengenai masalah hubungan seksual suami isteri. Tempoh tiga bulan berkahwin masih muda dan banyak lagi yang saudari dan suami belum ketahui berkenaan hubungan seks. Anda berdua masih dianggap 'Pengantin Baru'. Mungkin masih tidak lambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua yang baharu menjalani gerbang berumah tangga. Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan seks.

Klimaks atau rasa seronok ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai orgasma ('orgasm'). Jangan gusar dan yakinlah pada diri sendiri bahawa saudari adalah seorang wanita yang normal. Saudari sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami. Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengar juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan seks suami isteri. Tanamkan semangat yang kental dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Tuesday, March 13, 2012

Kembalikan Deria Bau

WANITA ini sangat tertekan apabila tidak dapat menikmati keenakan makanan kegemarannya, ayam belanda. Dia dapat merasakan kekurangan apabila tidak dapat menghidu aroma makanan tersebut.

"Mula-mula hidung saya berair, kedua-dua mata bertukar merah selain batuk tidak henti-henti. Beberapa hari kemudian, gejala tersebut hilang tetapi kemudiannya, saya hilang upaya untuk menghidu," kata Diana Appleyard pada akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Diana merupakan seorang penulis, penyiar dan wartawan bebas majalah dan suratkhabar di Britain.

Sejak dua tahun lalu, Diana menderita hilang deria bau akibat cuaca yang sangat sejuk di Britain.

"Saya tidak dapat makan makanan kegemaran malah mencium bau badan sendiri," katanya. Justeru, dia berjumpa dengan pakar hidung di Hospital Telinga, Hidung dan Tekak Diraja di London, Dr. Glenis Scadding.
Selepas beberapa ujian, wanita itu sebenarnya didapati menghidap masalah hilang deria bau iaitu persepsi bau yang lain daripada sumber sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh