klik atas nuffnang

Tuesday, October 30, 2012

Alga Chlorella Vulguris - Mati Sel Barah

UKM temui alga mati sel barah

JABATAN Biokimia Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) mendapati bahawa sejenis tumbuhan alga berpotensi untuk melawan dan mematikan sel kanser.

Profesornya, Dr Yasmin Anum Mohd Yusof berkata, kajian beliau menunjukkan alga jenis Chlorella Vulguris (CV) boleh mengurangkan pembiakan sel kanser hati, malah dapat mempengaruhi apotosis sel kanser itu.

Menurutnya, sel barah diketahui kerana kemampuannya untuk bercambah dengan cepat dan mempunyai daya tahan kuat untuk melindungi dirinya daripada sebarang bahan ancaman. Ia juga turut mematikan sel-sel sihat dan mengitar semula sel tersebut menjadi sel barah.

"Apa yang menarik, CV boleh memberikan tindakan yang sama tetapi mematikan sel barah serta menukarkannya menjadi sel sihat. Dengan itu, ia mampu mengembalikan sel barah menjadi sel sihat semula seperti rawatan kimoterapi,"

Kenali Potensi Si Manja

Kempen Kenali Potensi Si Manja oleh Dutch Lady

Anak merupakan satu-satunya anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan ibu bapa. Ramai di antara kita yang mahu memberikan yang terbaik kepada si manja agar dia dapat menikmati kehidupan yuang lebih baik.

Tahukah anda, kaji selidik sains menunjukkan potensi anak anda telah tersurat pada cap jarinya sebelum dilahirkan dan kekal sepanjang hayat.

Kini, anda berpeluang mengenal pasti potensi si manja dengan teknologi Analisis Cap Jari yang dibawakan oleh Dutch Lady Malaysia melalui kempen Kenali Potensi Si Manja.

Rebutlah peluang ini supaya anda dapat membantu si manja memajukan diri dengan meneroka dan memupuk potensi bakatnya.

Berdasarkan laporan, si manja anda mungkin cenderung kepada potensi Si Mahir, Si Fasih, Si Berani, Si Kreatif ataupun Si Pemerhati.


Saranan Keluarga Avail : I-KIDS

Apakah Potensi Kanak-kanak Si Mahir ?

Seorang kanak-kanak Si Mahir berkeupayaan mengendalikan sistem atau program dengan baik dan memperluaskan fungsi sistem itu. Potensi Si Mahir terbahagi kepada Si Mahir Teknikal dan Si Mahir Artistik.

Kanak-kanak Si Mahir Teknikal mahir menggunakan sistem yang sedia ada dalam bidang yang diceburinya dan mungkin juga mempertingkatkan fungsi sistem tersebut. Contohnya, dalam bidang kejuruteraan atau berunsur teknikal lain, dia dapat menggunakan sistem kejuruteraan dengan lancar untuk memudahkan tugasnya.

Kanak-kanak Si Mahir Artistik cenderung kepada bidang yang melibatkan pergerakan badan yang tangkas dengan keupayaan artistik. Contohnya, dia akan cenderung terhadap sesuatu yang berunsur seni persembahan atau bidang sukan artistik, ataupun yang memerlukan tangan yang stabil untuk sentuhan halus seperti bidang sains dan perubatan atau kesenian kraf.

Petua membimbing kanak-kanak Si Mahir oleh, Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak dan Pembantu Profesor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badzis.

Sunday, October 28, 2012

INGIN HAMIL ? Kenapa berat badan anda penting ?

Hamil adalah salah satu perkara yang diidamkan oleh wanita. Apa kaitannya berat badan dengan keinginan anda untuk hamil? Haa, mari kita lihat kenapa.

• BMI (Body Mass Index) yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kira BMI anda!

• Kurangkan berat untuk mereka yang lebih berat badan dan juga obese. Ini kerana lemak boleh meningkatkan kadar penghasilan estrogen dalam badan yang boleh menjejaskan ovulasi, kesuburan dan haid.

• Obesiti lebih terdedah kepada risiko keguguran manakala kurang berat badan pula akan mengalami risiko melahirkan bayi pra-matang dan anaemia

• Wanita yang mengekalkan berat badan yang sihat cenderung merasa lebih gembira ketika hamil, proses bersalin lebih mudah, mendapat bayi yang sihat dan juga mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes.

• Keluarkan sedikit peluh untuk mendapat berat yang unggul ! Ianya dapat meningkatkan tahap kesuburan sekaligus meningkatkan kesihatan.

Wednesday, October 24, 2012

ANAK : Tiga Jam Aktiviti Aktif - POSITIF

KEMAHIRAN mengimbang diri, koordinasi dan menjangka tahap kedalaman serta jarak sering dipandang ringan oleh orang dewasa.

Namun bagi kanak-kanak yang baru belajar meneroka, ia suatu asas penting untuk tugas lebih rumit ketika membesar seperti menulis, mengemas beg sendiri, memasak serta memandu.


Malah, dunia seolah-olah taman permainan yang mempesonakan kerana pada waktu inilah kanak-kanak mula aktif melakukan pelbagai perkara dan kemahiran motor juga meningkat.

Selain itu, pakar dalam bidang tumbesaran awal kanak-kanak mendapati si kecil yang aktif pada peringkat awal kehidupan mereka biasanya akan kekal aktif sepanjang zaman kanak-kanak sekali gus membentuk asas yang positif hingga dewasa.

Aktiviti fizikal yang kerap dilakukan pada awal zaman kanak-kanak memberikan manfaat jangka masa pendek dan panjang. Untuk membantu perkembangan ini, anak kecil (berusia satu hingga tiga tahun) dan prasekolah (tiga hingga lima tahun) disyorkan menjalani aktiviti aktif sekurang-kurangnya tiga jam sepanjang hari.

Burger Ramli - Berapa kalorinya ?

Jika ditanya tentang Burger Ramli di Malaysia, pasti semua orang akan tahu dan terbayangkan keenakan serta kelazatan daging burgernya yang disaluti telur yang dihimpit diantara dua bun roti dan di curahi dengan pelbagai sos serta mayonis yang pastinya membuatkan rakyat Malaysia kagum dengan teksturnya.  Akan tetapi, berapa ramai yang sedar akan kandungan kalori yang terkandung didalamnya. Jom bersama Keluarga Avail menambah ilmu pengetahuan kita pula dengan kalori yang terdapat di dalam Burger Ramli ini. 

Berapa Kalori Burger Ramli?
Nutrients
Per 100g
Calories (kcal)
280
Carbohydrates (g)
57.1
Protein (g)
11.2
Fats (g)
1.1 

Berdasarkan fakta nutrisi yang ada, satu hidangan Burger Ramli mengandungi 280 kalori. Dan itu tidak termasuk minyak yang digunakan untuk memasak burger, mayonis dan sos lain. Di bawah ini pula menunjukkan kalori bagi setiap keping daging ayam burger.

Monday, October 22, 2012

tahap kesedaran penyakit barah payudara masih rendah

Tahap kesedaran bahaya penyakit barah payudara dalam kalangan masyarakat termasuk mereka yang berpendidikan tinggi masih rendah sehingga mereka mengetepikan kaedah rawatan moden di hospital.

Pakar Perunding Bedah Payudara & Endokrin, Ketua Jabatan Bedah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Hussain Mohamad berkata, ramai pesakit yang dikesan tidak mendapat keizinan suami atau ditegah keluarga daripada berbuat demikian.

"Mereka beralih kepada rawatan alternatif (tradisional) yang tidak efektif dalam keadaan sudah terlewat kerana tidak mendapat rawatan yang betul," ujarnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Barah Payudara peringkat negeri di Dewan Besar Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Hadir sama, pakar bedah dan juga merangkap Pengerusi Kempen Kesedaran Barah Payudara 2012, Dr. Suraya Baharudin.

Sunday, October 21, 2012

ANTIBIOTIK jadi RACUN ?

AWAL minggu ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat Malaysia supaya bijak dalam pengambilan antibiotik bagi mengelakkan ancaman bakteria superbug yang boleh membawa maut.

Jelasnya, pengambilan ubat antibiotik secara tidak betul bakal meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik sekali gus membentuk bakteria superbug dalam tubuh pesakit.

Ancaman superbug yang boleh menyerang bila-bila masa berikutan peningkatan penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini merupakan satu situasi yang sangat membimbangkan.

“Apatah lagi, ada rakyat negara ini yang mengambil antibiotik secara salah.

“Mereka gunakan antibiotik tanpa merujuk doktor terlebih dahulu. Ada juga yang tidak menghabiskan antibiotik mengikut masa yang ditetapkan.

“Penting untuk orang ramai tahu bahawa pengambilan antibiotik yang tidak tepat boleh menyebabkan kes AMR meningkat dan mewujudkan bakteria superbug,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Kempen Pengawalan AMR Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kajian Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendapati, penolakan bakteria superbug jenis Acinetobacter terhadap antibiotik meningkat kepada 57.4 peratus.

KENALI DIRI sebelum Kurus

Tiada dua individu di dunia ini yang serupa. Bukan saja gaya hidup, malah cara pembesaran dan rutin harian juga berbeza.

Sudah pasti apabila bercakap tentang cara pengurusan badan yang efektif, tentunya mesti berbeza antara satu individu dengan individu lain.

Jurulatih kesihatan, Vanessa Anne Lee, 44, berkata, setiap individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes memerlukan tunjuk ajar serta cara yang betul untuk mengembalikan semula berat badan mereka ke tahap ideal.

Memaksa diri mencuba pelbagai cara menurunkan badan seperti senaman keterlaluan atau sekatan makanan secara drastik mungkin akan lebih memudaratkan kesihatan individu terbabit.

"Sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan, mereka perlu berfikir tentang serangan jantung yang mungkin berlaku.

"Selain itu risiko badan mengalami penghidratan juga amat tinggi dan tidak kurang juga yang mengalami hiperventilation atau pernafasan yang tidak terkawal.

"Malah ada yang boleh pengsan, muntah, timbul masalah kulit, kejang, dan kesakitan pada bahagian dada akibat senaman yang tidak sesuai.

Thursday, October 18, 2012

Ancaman 'Racun Putih' - GULA

GULA menjadi satu ‘budaya’ dalam masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kita terlalu bergantung kepada gula. Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Madu adalah bahan yang dikaitkan dengan kesihatan. Madu disebut dalam al-Quran sebagai satu makanan berkhasiat dan boleh dijadikan ubat.

Kajian sains membuktikan fakta ini. Madu digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun rasanya manis seperti gula, kesan kedua-dua bahan ini amat bertentangan dari aspek kesihatan.

Sejarah gula di Malaysia bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara ini.

Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk kemanisannya.

Ahli sejarah percaya gula digunakan masyarakat di India 500 tahun sebelum masihi. Ia dihasilkan daripada tebu yang tumbuh secara semula jadi di negara itu. Ia dipanggil ‘khanda’ yang menjadi asal kepada perkataan ‘candy’ dalam bahasa Inggeris.

Wednesday, October 17, 2012

Usah Abai Makan Pagi - Bersarapanlah

PENTINGKAH bersarapan? Suatu masa dulu, sarapan menjadi juadah yang paling penting dalam kehidupan seharian. Namun, kesibukan sering menyebabkan semua ahli keluarga tidak sempat untuk duduk menikmati sarapan bersama-sama. Apakah sebenarnya yang sudah berlaku kepada waktu sarapan?
Seiring dengan perkembangan teknologi, kita mulai mengalami tekanan untuk menyegerakan tugas seharian dalam masa yang singkat seterusnya menyebabkan semakin ramai tidak mengambil sarapan.


Istilah sarapan dalam bahasa Inggeris, ‘breakfast’, membawa maksud berbuka puasa iaitu ‘puasa’ yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan kita tenaga melakukan aktiviti seharian.

Tetapi kebanyakan mereka daripada golongan profesional terlalu sibuk untuk bersarapan dan hanya sempat menggantikannya dengan secawan kopi, dengan harapan ia cukup untuk bertahan sehingga waktu tengah hari.

Tuesday, October 16, 2012

Tindakan SEGERA Rawat Strok

PANIK dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitulah reaksi jika ada antara ahli keluarga anda tiba-tiba diserang angin ahmar atau strok. Insan yang tersayang kini tidak mampu bergerak mahupun menguruskan diri. 

Oleh itu, sokongan dan bantuan emosi daripada keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu proses pemulihan pesakit strok .

Selain itu, kemahiran yang betul dapat membantu pesakit strok pulih dan berasa lebih selesa.

Namun, tidak semua orang menyedari dan mengetahui caranya kerana ramai menganggap pesakit strok tidak dapat dipulihkan.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Penjagaan Jangka Masa Panjang Columbia Asia, Dr. Zaireen Ahmad Zamri, strok dapat dipulihkan mengikut tahap keseriusan penyakit itu.

"Jika anda menghidap strok, tidak bermakna berakhirnya hidup seseorang itu. Strok boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak mengalami kerosakan," katanya.

Memanglah, katanya, serangan strok boleh mengubah kehidupan seseorang untuk sepanjang hayat.

"Jika sebelum ini mereka boleh berdikari tetapi apabila diserang strok , mereka mungkin mengalami kelumpuhan yang menyebabkan terpaksa bergantung kepada mereka yang sihat," ujarnya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap penyakit ini.

Satu Cara Tangani Buasir

PADA pengamatan penulis wanita ini seperti tidak menghidap apa-apa penyakit. Wajahnya segar dan bentuk badannya boleh dikatakan masih kekal cantik. 

"Saya sudah lama menghidap buasir tahap tiga dan tahun lepas saya disahkan menghidap batu karang kerana kencing tidak lawas.

"Bayangkan anda terpaksa menanggung derita dua penyakit dalam masa yang sama," kata Rosni Saad, 45 yang bertugas sebagai Eksekutif Kanan Goldium Property Sdn. Bhd.

Mendengar perkataan buasir, pasti ramai yang gerun. Sakit akibat buasir hanya boleh dibayangkan tetapi bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bercerita lanjut tentang penyakit buasir, Rosni memberitahu, doktor pernah menyarankan dia melakukan pembedahan tetapi dia tidak mahu.

Justeru, dia sendiri perlu bijak mengawal pemakanan mahupun mengawal sakit jika buasir kembali menyerang.

Katanya, dia akan memasukkan sendiri menggunakan tangan cebisan daging berbentuk kelopak bunga ke dalam lubang dubur.

Monday, October 15, 2012

Lampin Pilihan Si Manja

Ibu bapa dahulu bergantung sepenuhnya kepada lampin kain bagi mengelak lambakan air kencing bayi. Ia bukan saja perlu dicuci untuk digunakan semula, malah cepat basah, mudah menyebabkan masalah ruam serta rasa tidak selesa kepada bayi.

Dengan perubahan semasa, kini pelbagai jenama lampin pakai buang wujud di pasaran bagi memudahkan ibubapa menguruskan bayi.

Lampin pakai buang yang pertama dicipta dan dipatenkan pada 1948 oleh Valerie Hunter Gordon, di England, London. Sejak diperkenalkan beberapa dekad lalu, produk itu secara langsung mengalami inovasi tersendiri termasuk penggunaan polimer penyerap yang baik, Pita pelekat tahan lama, Getah mudah anjal di bahagian pinggang serta banyak lagi ciri-ciri baru yang dipertingkatkan.

Sunday, October 14, 2012

Saiz BUKAN Soal

Lelaki usah risau kerana rupa, bentuk dan saiz anggota kelamin pelbagai.

Sudah menjadi kelaziman golongan lelaki memberikan perhatian terhadap anggota kelamin mereka. Jika tinggal beramai-ramai seperti di asrama atau di rumah bujang, mereka saling membanding anggota kelamin sesama.

Seandainya mendapati anggota kelamin mereka agak luar biasa atau berbentuk ganjil atau mempunyai sebarang kekurangan, maka mereka akan jadi taksub atau obses serta mula mencari maklumat sehingga kadangkala berusaha secara diam-diam untuk memiliki anggota kelamin yang lebih meyakinkan.

Jadi, tidak hairan jika produk tiruan dalam bentuk pil dan kapsul serta minyak termasuklah alat penarik zakar atau pam vakum yang dijual di Internet, mendapat perhatian luar biasa. Ini sering terjadi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak yakin dengan anggota kelamin sendiri.

Pembaca Keluarga Avail mungkin antara golongan lelaki dalam kategori yang dinyatakan tadi. Jadi, sebelum lebih ramai merujuk kepada maklumat di Internet, lebih baik kita kongsikan dan tahu ilmu ini sedikit sebanyak membantu semua.

Saturday, October 13, 2012

10 Mitos Kanser Payudara

Kanser, bagi kebanyakan orang, adalah mimpi ngeri yang paling teruk daripada mereka semua - Sebahagiannya kerana masih terdapat kekeliruan mengenai penyakit ini. Sehingga kini, punca kanser masih tidak ditemui, walaupun kita tahu beberapa faktor iaitu genetik dan gaya hidup boleh meningkatkan risiko seseorang yang terjejas oleh penyakit ini. Manakala kita digambari dengan misteri yang menyelubungi kanser secara beransur-ansur maju mitos tentang penyakit maut.
Kita memang sedia maklum mengenai  ABC kanser payudara, pembunuh # 1 wanita di Malaysia. Mari keluarga avail menumpahkan beberapa lampu mitos mengenai kanser payudara dan cuba untuk memberikan penjelasan logik di belakang mereka.

1. Hanya WANITA boleh dipengaruhi oleh kanser payudara

Walaupun wanita adalah 100 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding lelaki, ia tidak bermakna lelaki tidak terdedah kepada kanser payudara. Di Malaysia, 56 dan 24 lelaki kes kanser payudara telah dilaporkan pada tahun 2002 dan 2003 masing-masing. Angka itu semakin meningkat, dan ia adalah dinasihatkan untuk lelaki yang mempunyai sejarah keluarga kanser payudara untuk pergi untuk saringan kanser payudara biasa apabila mereka mencecah umur 20an.

2. Memakai coli underwired boleh meningkatkan risiko kanser payudara

Terdapat dakwaan bahawa underwire dalam coli boleh menekan sistem limfa dalam dada kami - menyebabkan toksin untuk berkumpul dan akhirnya membawa kepada kanser payudara. Walau bagaimanapun, kajian saintifik telah terbukti bahawa apa-apa jenis dan kesesakan coli tidak meningkatkan risiko kanser payudara.

Thursday, October 11, 2012

6 Sebab Beruntungnya Menjadi Perempuan / Wanita / Isteri

Beruntung jadi perempuan ni.. kan ?
1.) Dia bekerja dengan Allah.. Jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang… Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Wednesday, October 10, 2012

Rawat Kemurungan Sebelum Terlambat

KEMURUNGAN boleh berlaku pada sesiapa saja, baik lelaki, perempuan, muda, tua, dewasa atau kanak-kanak. Walaupun masih ada yang memandang remeh perkara ini tetapi ketahuilah bahawa kemurungan adalah satu penyakit serius dan perlukan rawatan sewajarnya.

Rasanya sebilangan besar tahu mengenai perkara ini tetapi masih ramai yang malu mendapatkan rawatan, apatah lagi berjumpa pakar psikiatri. Bagi kebanyakan orang berjumpa pakar psikiatri menandakan seseorang itu ada penyakit mental yang sering disamakan dengan ‘gila’.


Namun kita akan jadi lebih ‘gila’ seandainya membiarkan kemurungan menguasai diri, apatah lagi jika ia berlaku pada wanita. Siapa yang akan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak seandainya kemurungan mengulit diri?

Jika dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita, segeralah mendapatkan bantuan. Dalam soal kesihatan mental, tiada apa yang hendak dimalukan kerana kemurungan adalah isu global. Malah tema untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut hari ini (10 Oktober) ialah
 Kemurungan: Satu Krisis Global.

Maknanya ia berlaku di seluruh dunia. Terbaru, dalam Kajian Mori yang dijalankan Persatuan Kemurungan Eropah (EDA) ke atas 7,000 orang di Britain, Jerman, Itali, Denmark, Turki, Sepanyol dan Perancis mendapati, seorang daripada 10 pekerja mengambil cuti akibat masalah ini. Dalam kajian ini Britain menduduki tangga pertama dalam jumlah yang mengalami kemurungan (26 peratus) dan paling rendah di Itali (12 peratus). Di Amerika Syarikat, dianggarkan 20 juta penduduknya mengalami kemurungan.

Tuesday, October 9, 2012

Ketahui Tanda Jika Anda Lelaki Sihat

Kebanyakan media massa memaparkan kecantikan serta kesihatan wanita..
Jarang sekali memaparkan mengenai kaum lelaki..
Di sini ada perkongsian yang begitu penting buat semua
yakni tanda-tanda lelaki itu sihat luar dan dalam..
Antara ciri-cirinya adalah termasuk...

1) Warna Kuku Merahmuda
secara umum, orang yang sihat miliki warna kuku
merah muda (pink), kuat dan lembut..
Kuku warna kekuningan dan tumbuh lambat 
dikaitkan dengan mengalami masalah pernafasan..
Kuku yang lekuk pula maybe dikaitkan dengan diabetis.
Kekurangan zat gizi tertentu, seperti zat besi juga boleh menyebabkan
perubahan pada warna kuku.

2) Warna Urin / Kencing Kuning Muda
Secara umum, urin normal warnanya bervariasi.
Ianya bergantung juga kepada jumlah air yang diminum.
lebih banyak air diminum, urin berwarna bening..
sekiranya kurang air dan dehidrasi, urin akan berwarna gelap.
Perubahan bau yang yang menyengat atau
perubahan warna kepada kemerahan haruslah segera
berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

3) Hasilkan Satu Sendok Teh Cairan Mani
Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan
cairan mani sebanyak 2-5ml semen ketika ejakulasi..
Bila semen kurang dari 2ml menandakan 'hyperspermia'
yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki.
Warna cairan mani juga memainkan peranan penting..
Lelaki yang sihat miliki warna cairan mani putih 
keabu-abuan dan juga dalam keadaan pekat..
Jika cairan mani disertai darah atau terlalu cair
perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

4) Denyut Jantung 70 beat per minit(bpm)
Bagi lelaki yang sihat, ketika waktu beristirehat
(resting heart rate / RHR)
denyutan jantungnya dianggarkan 70-75 bpm..
Untuk mengukurnya boleh menggunakan denyut
nadi yang berada di pergelangan tangan anda..
- letakkan 2 jari tangan di urat nadi pergelangan tangan - 
Hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat..
Kalikan angkanya untuk nilai perminitnya...

5) Jenis Kulit
Melalui ketegangan kulit kita dapat tahu
kadar dehidrasi seseorang lelaki tersebut..
Kulit yang sihat lebih bersifat elastik dan
kembali kepada posisi normal bila dicubit....
Sebaliknya kulit dehidrasi akan kembali posisi
normal agak lambat setelah dicubit...


Saranan Keluarga Avail : MAN PLUS, I-FOOD, PRO-POLIS

Monday, October 8, 2012

Siapa Teman Tidur Anda ???

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud di tempat tidur? Mungkin ramai yang tidak menghiraukannya…tapi percayalah, sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat dan juga kuman yang setia menjadi teman tidur anda selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kut…

Secara tak langsung anda sendirilah yang menjadi ‘tuan’ nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan ‘bekalan’ kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia. Hmm…bayangkanlah kalau dicampurkan lagi dengan air liur basi yang meleleh dan ‘benda-benda’ lain, dah tentu lagi ‘kronik’ tempat tidur anda itu.

Jangan memandang remeh terhadap perkara ini sebab ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah penyakit kulit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak berkesudahan dan juga kelemumur. Selain itu, ia juga mampu memberi kesan yang lebih buruk kepada penyakit TB, asma, depresi, insomnia dan sinusitis.

Jadi, bagi memastikan semua ini dapat dielakkan, anda hendaklah pastikan tempat tidur anda sentiasa bersih. Ikutilah tip di bawah ini:-

Sunday, October 7, 2012

Mandi Wap Mandulkan Lelaki

Bahaya Mandi Wap Melampau

Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka

Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

"Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekirat 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius".

"Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki".

"Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubuh badan lelaki".

"Meskipun sistem pembiakan akan menggantikan sel sperma yang mati kepada yang baharu dalam tempoh tiga bulan, namun adalah lebih baik bagi kaum lelaki mengelakkan aktiviti itu bagi mengelakkan mereka mandul".

Keluarga Avail : Disarankan pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata supaya berhenti mendapatkan rawatan mandi wap di sauna.

Friday, October 5, 2012

Avail Pro-Polis

AVAIL PRO-POLIS

Apa Itu Pro-Polis
bukan ahli RM78.00 / Ahli RM60.00

PRO-POLIS bermaksud "Pelindung Kubu" dalam bahasa Yunani. PRO-POLIS ialah hasilan lebah yang diperbuat daripada resin yang dikutip dari tunas tumbuhan, bercampur dengan air liur, debunga dan lilin lebah. Ianya dapat menguatkan sistem imun badan untuk menentang serangan penyakit.

Ramuan Utama

AVAIL PRO-POLIS mengandungi lebih daripada 325 jenis bahan aktif yang baik kepada manusia. Antara ramuan utama yang digunakan ialah :

i) 34 jenis Flavonoid
ii) 15 jenis Terpenes
iii) 20 jenis Asid Organik
iv) 8 jenis enzim
v) 20 jenis Zat Galian
vi) 10 jenis Kumpulan Ester dan Aldehid
vii) 18 jenis Asis Amino
viii) Pelbagai jenis vitamin
ix) Polisakarida dll


Fungsi dan Kebaikan

1. Anti-bakteria, virus dan kulat.
2. Menguatkan sistem imun badan.
3. Anti-barah, mencegah pertumbuhan sel barah.
4. Mengurangkan kesan negatif rawatan barah.
5. Membantu mengatai masalah gastro-usus.
6. Membantu mengatasi penyakit rongga mulut dan gigi.
7. Membantu mengatasi masalah sakit puan.
8. Membantu meredakan masalah alahan.
9. Membantu pesakit kencing manis dengan mengawal dan mengaktifkan insulin.
10. Mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai penahan sakit.
11. Mencantikkan dan mencerahkan kulit.
12. Anti pengoksidaan, menentang radikal bebas.
13. Menstabilkan emosi dan menambahkan tenaga.
14. Menguatkan saluran darah, membantu peredaran darah.
15. Mengurangkan masalah pendengaran.


Cara Penggunaan

• 3-5 titik setiap kali
• 2-3 kali setiap hari
• Titiskan secara langsung ke bawah lidah atau rongga mulut
• Titiskn kedalam air suam, susu, jus buah-buahan atau minuman madu.
• Jangan campurkan propolis ke dalam air teh, minuman bergas atau air panas. Ia akan merosakkan bahan aktif dalam propolis dan juga mengganggu proses penyerapan.

Order : Naim 019-982 3405 / keluargaavail@gmail.com

Tuesday, October 2, 2012

Carilah CINTA

Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:

  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Jadi kepada pembaca2 Keluarga Avail yg masih single....cepat2 lah cari jodoh...

Monday, October 1, 2012

positif hadapi monapaus

Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Masalah menopaus, biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 30 tahun untuk menempuh hidup ini. Selain gejala menopaus, wanita terbabit juga mengalami masalah lain. Antaranya osteoporosis (tulang rapuh), berat badan meningkat, kulit kering, berkedut dan gatal-gatal, rambut mudah gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan, sukar mengawal pundi kencing, misalnya selalu terkencing ketika batuk, masalah perubatan seperti diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), hiperkolesterol dan risiko kanser termasuk kanser payu dara, kolorektal (usus), rahim dan juga kilang telur (ovari).

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Simptom yang akan merubah wanita 40-an yang mengalami proses penuaan antaranya cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa hangat memerah (hot flushes), paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan perasaan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada. Golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Tidak semua wanita akan menghadapinya, tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif menjalani ujian saringan seperti ujian darah bagi mengetahui paras glukosa dan juga kolesterol, ujian mamogram, pap smear, ujian imbasan ultrabunyi pada bahagian pelvis dan juga ujian densitometri tulang. Ujian saringan ini penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh