klik atas nuffnang

Tuesday, October 30, 2012

Alga Chlorella Vulguris - Mati Sel Barah

UKM temui alga mati sel barah

JABATAN Biokimia Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) mendapati bahawa sejenis tumbuhan alga berpotensi untuk melawan dan mematikan sel kanser.

Profesornya, Dr Yasmin Anum Mohd Yusof berkata, kajian beliau menunjukkan alga jenis Chlorella Vulguris (CV) boleh mengurangkan pembiakan sel kanser hati, malah dapat mempengaruhi apotosis sel kanser itu.

Menurutnya, sel barah diketahui kerana kemampuannya untuk bercambah dengan cepat dan mempunyai daya tahan kuat untuk melindungi dirinya daripada sebarang bahan ancaman. Ia juga turut mematikan sel-sel sihat dan mengitar semula sel tersebut menjadi sel barah.

"Apa yang menarik, CV boleh memberikan tindakan yang sama tetapi mematikan sel barah serta menukarkannya menjadi sel sihat. Dengan itu, ia mampu mengembalikan sel barah menjadi sel sihat semula seperti rawatan kimoterapi,"

Kajian yang telah dijalankan beliau dan pasukan penyelidiknya ke atas binatang menunjukkan alga itu mempunyai manfaat sampingan yang perlu diberi perhatian oleh saintis dunia.

"Kajian menunjukkan bahawa CV mampu mengurangkan inflamasi dalam binatang yang mengidap barah hati dan mempunyai kesan anti inflamasi pada tikus yang teraruh dengan kanser hati hepar,"

"Alga CV juga mampu melambatkan proses penuaan, mempercepatkan rawatan luka dan melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang terhasil daripada penyakit kencing manis".

Beliau dan pasukannya turut menemui cara untuk meningkatkan nutrien dalam alga dengan mengawal kadar karbon dioksida dan pencahayaan yang berikan kepada alga yang di kultur.

"Saya dan pasukan mendapati bahawa kadar nutrien dalam CV yang di kultur akan meningkat dengan banyaknya apabila kadar karbon dioksida dinaikkan dari satu hingga 10% dan pencahayaan ditambah dari 12 hingga 24 jam,"

Yasmin adalah seorang pakar alga dan sering dijemput berceramah di luar negara. Beliau menghasilkan lebih 75 artikel diterbitkan dalam jurnal di mana 34 daripadanya adalah jurnal terindeks ISI.


Keluarga Avail : Alga Chlorella Vulguris punyai pelbagai potensi untuk diterokai bagi kesejahteraan manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang