klik atas nuffnang

Tuesday, October 30, 2012

Apakah Potensi Kanak-kanak Si Mahir ?

Seorang kanak-kanak Si Mahir berkeupayaan mengendalikan sistem atau program dengan baik dan memperluaskan fungsi sistem itu. Potensi Si Mahir terbahagi kepada Si Mahir Teknikal dan Si Mahir Artistik.

Kanak-kanak Si Mahir Teknikal mahir menggunakan sistem yang sedia ada dalam bidang yang diceburinya dan mungkin juga mempertingkatkan fungsi sistem tersebut. Contohnya, dalam bidang kejuruteraan atau berunsur teknikal lain, dia dapat menggunakan sistem kejuruteraan dengan lancar untuk memudahkan tugasnya.

Kanak-kanak Si Mahir Artistik cenderung kepada bidang yang melibatkan pergerakan badan yang tangkas dengan keupayaan artistik. Contohnya, dia akan cenderung terhadap sesuatu yang berunsur seni persembahan atau bidang sukan artistik, ataupun yang memerlukan tangan yang stabil untuk sentuhan halus seperti bidang sains dan perubatan atau kesenian kraf.

Petua membimbing kanak-kanak Si Mahir oleh, Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak dan Pembantu Profesor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badzis.

Apabila membimbing anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa anak mereka adalah insan yang tersendiri dan tiada yang serupa dengannya.

Anak-anak tidak harus dibandingkan dengan kanak-kanak lain seperti adik-beradik, anak jiran atau kawan ataupun rakan sekelas.

Setiap kanak-kanak berkembang dalam cara yang berlainan. Anak kita ada bakat dan kelebihan yang tersendiri.

Sebagai ibu bapa, yang pentingnya, kita harus cuba mengenali potensi anak dengan sebaiknya dan meneroka serta memupuk potensi bakat yang seadanya.

Di Malaysia, ramai ibu bapa risau anak tidak akan berjaya dalam hidup dan mungkin cenderung 'memaksa' anak ke dalam kerjaya yang dirasakan bagus. Sebaliknya, daripada segi psikologi, anak-anak lebih gembira dalam kerjaya yang membawa kepuasan hidup dan kegembiraan.

Untuk anak-anak yang mempunyai potensi fizikal atau artistik yang tinggi, terdapat banyak kerjaya yang bertumpukan kebolehan fizikal atau teknik kerja tangan mahir yang turut mendatangkan pendapatan yang baik. Oleh itu, ibu bapa digalakkan memupuk minat dan kecenderungan semula jadi kanak-kanak untuk membesarkan anak yang gembira.

Si Manja Mahir Pilihan Dutch Lady

Profil : Deepraj Singh Sekhom, 2 tahun

Deepraj seorang kanak-kanak ceria yang gemar mempelajari perkara baru. Dia amat menyukai permainan berunsur mekanikal terutamanya robot.

Deepraj juga menyukai mainan berunsur pembinaan dan kreatif dalam permainannya. Dengan penuh imaginasi, dia bijak mencari kegunaan baru untuk perkakas rumah.

"Saya mahu menjadi juruterbang apabila besar nanti, sama seperti ayah saya," kata Deepraj.

Akltiviti lain yang disukainya termasuk melukis dan mewarna bersama ibunya, mendengar lagu dan menari dan bermain sorok-sorok.


Saranan Keluarga Avail : I-KIDS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang