klik atas nuffnang

Monday, October 15, 2012

Lampin Pilihan Si Manja

Ibu bapa dahulu bergantung sepenuhnya kepada lampin kain bagi mengelak lambakan air kencing bayi. Ia bukan saja perlu dicuci untuk digunakan semula, malah cepat basah, mudah menyebabkan masalah ruam serta rasa tidak selesa kepada bayi.

Dengan perubahan semasa, kini pelbagai jenama lampin pakai buang wujud di pasaran bagi memudahkan ibubapa menguruskan bayi.

Lampin pakai buang yang pertama dicipta dan dipatenkan pada 1948 oleh Valerie Hunter Gordon, di England, London. Sejak diperkenalkan beberapa dekad lalu, produk itu secara langsung mengalami inovasi tersendiri termasuk penggunaan polimer penyerap yang baik, Pita pelekat tahan lama, Getah mudah anjal di bahagian pinggang serta banyak lagi ciri-ciri baru yang dipertingkatkan.



Ciri-ciri yang harus diutamakan ketika membeli lampin
  • Pastikan saiz lampin sesuai untuk saiz badan bayi.
  • Pilih lampin yang boleh melindungi daripada ruam.
  • Lampin yang terlalu ketat boleh memberikan rasa tidak selesa kepada bayi.

Tips daripada Keluarga Avail

Ingat 5 perkara untuk melindungi kesihatan kulit bayi anda !

1. Gunakanlah air dan pencuci pH seimbang yang lembut untuk membersihkan kulit bayi serta krim bagi melindungi bayi daripada kelembapan dan geseran.

2. Kerap tukar lampin bayi dan pastikan anda keringkan kulit si manja sebelum menggunakan lampin baru.

3. Sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda keradangan kulit. Jika dikesan awal, ruam lampin dapat dihindari dan boleh dielakkandaripada menjadi lebih teruk.

4. Pilihlah lampin yang menjaga kesihatan kulit bayi anda setiap masa.

5. Kesihatan kulit bayi anda akan mempengaruhi kesejahteraan seorang ibu.

Kajian mendapati 91% emosi ibu terjejas akibat kesihatan kulit bayi mereka.


Keluarga Avail : Utamakan kesihatan kulit agar bayi sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang