klik atas nuffnang

Tuesday, January 15, 2013

Kaedah Kalendar - Cara Semulajadi Merancang Keluarga

Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan baru berkahwin dan mendapat cahaya mata pertama, akan mula merancang keluarga bagi mendapatkan anak kedua.

Ini pilihan pasangan suami isteri mengenai cara untuk merancang keluarga. Terdapat pelbagai kaedah bagi merancang keluarga antaranya pengambilan pil perancang dan kaedah semula jadi.

Kaedah kalendar atau kaedah semula jadi ini juga dikenali sebagai kaedah ‘Rhythm’ atau Kaedah Kalender-Rhythm. Jika pasangan mengamalkan kaedah ini, anda hanya akan melakukan hubungan seks pada waktu yang dikira ‘selamat’ dalam putaran haid isteri, iaitu mengelakkan seks pada waktu isteri subur (jika tidak, gunakan kondom).

Untuk mengamalkan kaedah Rhythm, putaran haid perlu teratur dan tidak meragam. Formula untuk mengadakan hubungan seks pada waktu selamat mengikut kaedah Rhythm seperti berikut:

l. Isteri perlu catatkan jarak hari putaran haid secara rutin dengan menggunakan kalendar, catatkan bilangan hari untuk setiap putaran haid, mengira dari hari pertama haid sehingga ke hari pertama putaran haid yang seterusnya. Dapatkan jarak putaran haid terpendek dalam senarai putaran haid yang dicatatkan selama ini.

Tolak 18 hari daripada bilangan hari dalam putaran haid yang terpendek. Angka ini melambangkan hari pertama waktu subur isteri anda. Misalnya jika putaran haid isteri yang terpendek 26 hari, tolak 18 dari 26 dan anda akan dapat lapan hari. Jadi dalam sampel ini, hari pertama putaran haid ialah hari pertama haid dan hari ke-8 ialah hari pertama waktu subur isteri.

Isteri perlu mendapatkan juga jarak putaran haid yang terpanjang. Tolak 11 hari daripada jumlah bersih putaran haid yang terpanjang. Angka ini melambangkan hari terakhir waktu subur isteri dalam putaran haidnya. Misalnya jika putaran haid yang terpanjang ialah 32 hari, di tolak angka 11 daripada 32 akan memberi angka 21. Dalam sampel ini yang mana hari pertama putaran haid ialah hari pertama haid bermula, hari ke 21 dalam putaran haid ialah hari terakhir waktu subur isteri. Jadi anda perlu elak bersetubuh pada waktu subur jika anda mahu mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang.

Kaedah ini kurang berkesan jika putaran haid meragam di mana haid boleh berlaku pada bila-bila masa lebih-lebih lagi jika wanita itu tertekan.

Jika putaran haid si isteri teratur, dia akan mendapati beberapa hari selepas haid kering, akan nampak lendir seperti putih telur yang belum masak keluar daripada faraj. Ini petanda awal telurnya sedang membina dan kemungkinan akan keluar dalam beberapa hari (Cervical Mucous Symptoms atau CMS).

Tanda telur keluar ialah sengal pada ari-ari dan jika telur keluar, ia bertahan selama 24-36 jam. Apabila lendir itu sudah tiada dan isteri sudah memasuki hari ketiga, si suami boleh melakukan ejakulasi ke dalam faraj.

Jadi dengan menggunakan pendekatan semula jadi yang dijelaskan awal tadi seperti Kaedah Kalender (Rhythm Method), kaedah Mucus serviks (CMS) dan kaedah pengambilan suhu badan awal pagi (BBT), anda akan rasa lebih yakin mengamalkan perancangan keluarga.

Malangnya semua kaedah ini tidak terlalu berkesan jika mahu dibandingkan dengan pengambilan hormon (pil merancang). Lagipun, anda terpaksa mengawal syahwat pada waktu ‘tidak selamat’ atau menggunakan kondom atau melakukan ejakulasi di luar faraj. Untuk keterangan lanjut, pasangan yang ingin merancang keluarga perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan terperinci. Apa yang dijelaskan diatas ialah gambaran ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/1
oleh Dr Sakit Tuan
Dr Ismail Thamby. 


Keluarga Avail

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang